Lampu Picit

Sunday, March 20, 2011

Merindui saat itu

   Mula-mula masuk sekolah memang semangat giler,aku memang tak sangka bila dah lama-lama sekolah,peraturan makin ketat & aku merasakan posisi kehidupan aku amat bahaya (biasalah sekolah agamalah katakan).Masa tingkatan satu memang seronot sesangat (masih boleh layan),bila dah sampai tingkatan 3 tanduk aku dan kawan-kawan dah mula keluar.Naik tingkatan 4 Aku dah setat boring fikiran keawang-awangan seakan-akan berada kat Afghanistan (dah nak setat tunjuk perasaan).Entah apa yang Geng-geng seangkatan aku tak puas hati sangat,habis tandas sekolah aku diconteng(memang takleh bla...).
   Time tingkatan 4 pulak geng-geng aku pindah sekolah (yang terjal-terjal pulak).Jadi,kumpulan-kumpulan pemberontak kami semakin lumpuh,tinggalah budak-budak baik yang tinggal.Aku merasakan diriku seperti terperangkap di Afrika.Kerana aku rasa boring yang melampaui batas,jadi aku telah meng-call ahli keluargaku untuk berpindah ke sekolah lain namun,itu hanyalah mimpi (macam lagu mimpi syakila).Sampailah aku ke tingkatan 5 (tahun babai),memang aku tak sangka aku dapat sampai ketahap itu.Peristiwa yang aku paling ingat ialah ketika aku & geng di-ambush dalam kelas sebab tak puasa sunat (kantoi dengan pengetua).Aku & the gang telah disebat (yang puasa pun kena sebab bersubahat & bersahabat).Bila dah tiba majlis perpisahan tingkatan 5 aku tengok semua melelehkan air mata tapi aku cuba tahan bagi mempertahankan status macho-ku tapi aku tewas jugak bila sampai turn aku peluk pengetua aku.


p/s:kadang-kadang benda yang kita tak harapkan lebih bermakna.
kenangan tingkatan 5 








1 comment: